Sunday, August 21, 2016

~ Tarbiah Hadam ~








 
Hati-hati mencedok sesuatu berita, takut berita tersebut boleh menjadi fitnah 
sebab adanya unsur yang tak berasas...


Seeloknya tabayyun (selidik) dahulu berita yang telah sampai kepada kita. Takut-takut orang yang kena fitnah tu mustajab doanya...
Seperti yang kita tahu, doa orang yang teraniaya tiada hijab langsung dengan Allah...
Apa-apa sahaja yang mereka doakan akan dimakbulkan oleh Allah...






Ingat redha Allah bergantung kepada redha manusia...Baiki kembali hubungan kita sesama manusia...
Jika ada berbuat salah dengan seseorang, pergilah minta maaf kat orang yang kita buat salah tu.
Tak ada salahnya kita mulakan dahulu...
 Dan belajarlah untuk memaafkan orang...
Dengan memaafkan manusia, Allah akan gantikan ketenangan dalam hati kita...


Perbaiki hubungan kita dengan orang sekeliling...
Terutamanya hubungan sesama adik-beradik dan sahabat-sahabat...
Adik-beradik adalah orang yang paling hampir dengan kita... Mereka tiada galang gantinya...
Jangan sorang-sorang dah tiada kat dunia ni baru nak menyesal...
Hargai mereka selagi masih ada...


Dosa sesama manusia sekelip mata je Allah balas kat dunia... Jika suatu hari musibah datang melanda diri kita, jangan sesekali menyalahkan orang lain...
Cuba fikir kembali kenapa Allah timpakan musibah kat kita...
Mungkin disebabkan kita ada buat dosa dengan manusia...


Sekali lagi tolong perbaiki hubungan kita sesama manusia... Kita yang dah banyak buat dosa dengan orang ni, pergi minta maaf secara ikhlas...
Akui kesalahan kita yang dah memfitnah, mengumpat dan menghina...
Tundukkan ego kita walaupun kita ni seorang kakak, abang, bos...anak dato...menteri...dan seangkatan dengannya...



#AKUKAMUKITAPENDOSA 


        p/s :- 
    Bersangka baik 
&
 tidak gopoh dalam membuat 
kesimpulan 
terhadap sesuatu perkhabaran





No comments:

Post a Comment