Friday, June 10, 2016

Terimbau Kenangan

Sudah hampir 9 tahun saya dan kembar meninggalkan zaman sekolah rendah di Sek. Keb. Lubuk Kawah, Lenggong (SKLK)...

Sejak saat itu juga kami berdua tidak lagi berjumpa dengan guru-guru di SKLK...

Akhirnya pada hari Khamis yang lalu... Saya dan kembar telah diizinkan oleh Allah untuk bertemu kembali dengan guru-guru SKLK.

Cikgu Rahmat Abdul Rahman Bin Isa dan cikgu Mohd Anuar Bin Che Soh... Mereka merupakan guru-guru yang hebat dan sekarang mereka berdua menjadi insan yang semakin hebat.

Menjadi seorang pelajar praktikal di Pejabat Agama Daerah Lenggong ini telah membuka ruang kami untuk bertemu dengan kedua-dua insan ini dan berkumpul bersama-sama di dalam satu meeting...

Terima kasih cikgu Rahmat dan cikgu Anuar... Moga kita dapat bertemu lagi di pertemuan yang lain...

No comments:

Post a Comment